Program Diploma Kemahiran Malaysia – Professional (DKM-PRO)

Program Khas untuk golongan yang bekerja

Diploma Diiktiraf Kerajaan. Pembelajaran Fleksibel. Kerjaya Profesional.

Kelayakan Asas

Program Diploma Kemahiran Malaysia – Professional (DKM-PRO) ialah satu inisiatif latihan kemahiran khas untuk:

Golongan bekerja
Lepasan sekolah
Berpengalaman kerja tetapi belum mempunyai sijil formal

Program ini membolehkan peserta memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf oleh JPK (Kementerian Sumber Manusia) dan MQA, melalui sistem pembelajaran fleksibel – hanya sekali seminggu.

DKM-PRO membina masa depan anda dengan gabungan kemahiran praktikal dan pengiktirafan rasmi.

Siapa Yang Layak Sertai Program DKM-PRO?

Golongan bekerja tanpa sijil formal

Pekerja gig (Grab, Foodpanda, ejen freelance)

Belia lepasan sekolah / tidak minat laluan akademik konvensional

Pekerja kilang, teknikal, keselamatan, dan logistik

Ibu tunggal, B40, komuniti OKU boleh latih

Graduan menganggur / mencari kerjaya baharu

Kumpulan NGO, koperasi dan komuniti

Syarat Minimum:
Warganegara Malaysia,
umur 17 tahun ke atas

Mengapa Program DKM-PRO Relevan?

Lebih 6 juta rakyat Malaysia belum memiliki sijil kemahiran rasmi
60% peluang kerja di Malaysia kini memerlukan kemahiran teknikal
DKM diiktiraf kerajaan & MQA – boleh digunakan untuk sambung pengajian atau kenaikan pangkat
Majikan lebih memilih calon yang mempunyai kemahiran + pengiktirafan

Kelayakan Program DKM-PRO

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) – Diiktiraf oleh JPK & MQA

Pensijilan Industri Bernilai Tambah (Value-Added Certification):

Siemens Automation (Jerman)
CompTIA / Artificial Intelligence
Institute of Motor Industry, UK (EV & Automotif)
Adobe Certified Associate
HRDF Train-The-Trainer (pilihan)

Bidang Yang Ditawarkan Dalam Program DKM-PRO

Program DKM-PRO menyediakan pelbagai bidang kemahiran yang berkaitan terus dengan keperluan industri semasa. Setiap bidang dirangka dengan pendekatan praktikal, fleksibel, dan disokong dengan pensijilan industri yang bernilai tinggi.

Berikut adalah bidang-bidang utama yang ditawarkan:

Diploma Sistem Komputer & Pentadbiran

UNTUK SIAPA:

Staff Pejabat
IT Support
Pekerja Pentadbiran
Technician
Freelancer IT
Individu yang ada pengetahuan, minat, atau kemahiran dalam trend teknologi masa hadapan seperti automasi, AI, digital content, EV dan inovasi industri

APA YANG ANDA PELAJARI:

  • Pentadbiran sistem & rangkaian
  • Sokongan pengguna & troubleshooting
  • Asas AI & keselamatan siber

NILAI TAMBAH:

  • CompTIA / AI Professional Certification
  • Digunakan dalam semua syarikat yang memerlukan support IT & cloud system

Laluan kerjaya ke bidang IT support, helpdesk, sistem pentadbiran & sokongan digital.

Diploma Kejuruteraan Automasi Industri (Mekatronik)

UNTUK SIAPA:

Juruteknik Penyelenggaraan
Operator Mesin
Teknikal Logistik
Individu yang ada pengetahuan, minat, atau kemahiran dalam trend teknologi masa hadapan seperti automasi, AI, digital content, EV dan inovasi industri

APA YANG ANDA PELAJARI:

  • Sistem kawalan automatik & PLC
  • Pneumatik & hidraulik industri
  • Pengaturcaraan mesin industri

NILAI TAMBAH:

  • Siemens Certified Mechatronics (Jerman)
  • Diperlukan dalam sektor pembuatan, automasi, dan MNC

Sesuai untuk anda yang ingin naik pangkat dari operator ke penyelia teknikal atau juruteknik automasi.

Semua bidang ditawarkan dalam tempoh ±6 bulan, dengan sesi 1 kali seminggu (4 jam).

Sesuai untuk mereka yang bekerja, berniaga, atau sedang mencari peluang baru.

Setiap bidang dirangka dengan matlamat utama: memberikan anda kemahiran yang boleh terus digunakan dalam dunia sebenar — dan membina kerjaya profesional anda dari sekarang.

Trainer (Pengajar) Program DKM-PRO – Profesional Industri Sebenar

Salah satu kekuatan utama Program Diploma Kemahiran Malaysia – Professional (DKM-PRO) adalah pasukan kami yang terdiri daripada tenaga pengajar bertauliah dan berpengalaman luas dalam industri sebenar.

Kenapa Pengajar Industri Penting Untuk Anda?

Belajar dari pengalaman sebenar, bukan hanya teori

Jurulatih kami bukan sekadar pengajar, mereka adalah pakar industri yang pernah memegang jawatan penting dalam syarikat besar — mereka tahu cabaran sebenar di tempat kerja, dan akan melatih anda dengan kemahiran yang benar-benar digunakan dalam dunia sebenar.

Pendekatan praktikal & relevan dengan keperluan majikan

Mereka faham dengan tepat apa yang dicari oleh majikan, jadi setiap latihan, simulasi dan tugasan dalam kelas akan membantu anda bersedia untuk temuduga, kerja sebenar dan kenaikan pangkat.

Mentor kerjaya, bukan sekadar tenaga pengajar

Jurulatih DKM-PRO bukan hanya mengajar — mereka membimbing, memberi inspirasi, dan membuka rangkaian industri untuk anda. Ramai pelajar kami yang berjaya naik pangkat atau bertukar kerja hasil bimbingan terus dari jurulatih mereka.

Siapa Pengajar DKM-PRO?

Berpengalaman luas dalam industri

Termasuk bekas jurutera, penyelia, pengurus operasi, pereka profesional, dan eksekutif dari pelbagai syarikat terkemuka dan universiti tempatan

Bertauliah & Diiktiraf Oleh JPK

Semua pengajar memiliki tauliah rasmi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Aktif dalam industri semasa

Mereka bukan jurulatih sepenuh masa semata-mata – ramai yang masih aktif sebagai konsultan industri, freelancer profesional, atau trainer korporat. Ini menjadikan latihan yang anda terima sentiasa segar, terkini dan berpandukan amalan industri semasa.

Dengan jurulatih yang memahami industri sebenar, anda bukan sekadar lulus program – anda bersedia untuk bersaing dan berjaya dalam dunia pekerjaan.

Mengapa Memilih Kolej TVET SG Academy?

Institusi Pilihan No.1 untuk Latihan Kemahiran Bertaraf Profesional

Apabila anda memilih SG Academy, anda bukan sekadar memilih tempat belajar — anda menyertai sebuah institusi latihan kemahiran bertaraf tinggi, yang telah membentuk ribuan tenaga kerja profesional sejak tahun 1999.

7 Sebab Kenapa SG Academy Adalah Pilihan Bijak Anda

Lebih 20 Tahun Membina Kerjaya Rakyat Malaysia

Ditubuhkan sejak 1999, SG Academy telah melahirkan ribuan graduan berkemahiran yang kini bekerja dalam pelbagai industri — dari automasi, IT, kreatif hingga keusahawanan.

Kami bukan kolej TVET biasa — kami pembina masa depan.

Diiktiraf Penuh Oleh Kerajaan & Industri

SG Academy adalah:

  • Pusat Bertauliah JPK (Kementerian Sumber Manusia)
  • Menerima Penarafan 5 Bintang dari Jabatan Pembangunan Kemahiran

Sijil anda dijamin sah dan diterima oleh majikan seluruh negara.

Perintis Pembelajaran Hibrid di Malaysia

Kami adalah kolej TVET pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem pembelajaran hibrid — gabungan pembelajaran bersemuka & dalam talian.

Fleksibiliti maksimum untuk mereka yang bekerja.

Program Inovatif & Futuristik

SG Academy adalah institusi pertama di Malaysia yang menawarkan program Sijil Kemahiran Dron, serta pelbagai program lain yang memenuhi kehendak industri semasa dan masa depan.

Bukan sekadar ikut trend — kami cipta arah baharu untuk TVET.

Tenaga Pengajar Bertaraf Profesional

Semua jurulatih adalah:

  • Bertauliah JPK (VTO, PP, PPD)
  • Berpengalaman industri
  • Aktif dalam industri semasa dan latihan korporat

Belajar dari yang terbaik — bukan sekadar mengajar, tapi membimbing.

Jaringan Industri Yang Kukuh

SG Academy mempunyai rangkaian kukuh bersama:

  • Syarikat korporat
  • Agensi kerajaan & NGO
  • Koperasi & organisasi komuniti

Lebih peluang latihan industri, penempatan kerja & pendedahan sebenar.

Komitmen Kami: Bina Kerjaya, Bukan Hanya Sijil

Kami percaya TVET bukan hanya tentang pensijilan — ia tentang transformasi kareer. Di SG Academy, setiap pelajar dibimbing untuk:

  • Membina resume & portfolio profesional
  • Lulus dengan kemahiran sebenar
  • Menjadi tenaga kerja yang bersedia untuk industri 4.0

Tempat Kemahiran Menjadi Kerjaya

Jika anda serius untuk ubah masa depan anda, SG Academy adalah tempatnya. Sertai kami dalam program DKM-PRO, dan jadikan kemahiran anda sebagai tiket menuju kejayaan.

Peluang Kerjaya Lepas Tamat DKM-PRO

  • Juruteknik IT, penyelia kilang, juruteknik automasi
  • Pereka grafik, pereka multimedia, eDagang
  • Kenaikan pangkat dalam organisasi sedia ada
  • Freelancer atau pemilik perniagaan kecil

Yuran & Pembiayaan DKM-PRO

  • Yuran dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman pendidikan
  • Elaun sara diri bulanan disediakan (tertakluk kelulusan)
  • Termasuk semua kos: latihan, peperiksaan, bengkel, pensijilan industri

Apa Kata Peserta DKM-PRO?

"Saya buat kerja part-time je, tapi sekarang ada DKM & sijil Siemens. Kerja tetap masuk!"

Zaim, 27
"Saya lepasan sekolah, belajar seminggu sekali je. Sekarang kerja tetap dalam IT support."

Amira, 20
"Saya dulu kerja tanpa sijil. Sekarang dengan DKM-PRO, saya naik pangkat jadi penyelia."

Kamal, 35

Daftar Sekarang Untuk DKM-PRO!

Daftar untuk semakan kelayakan & sesi pengambilan terdekat.

Tempat terhad setiap batch. Rebut peluang ini sekarang!